Langkah-langkah Install Windows Vista
- Terlebih dahulu, tetapkan boot sequence supaya komputer boleh boot dari CD-ROM.
- Hidupkan komputer, dan terus masukkan CD Windows Vista. Sekiranya komputer berjaya boot dari CD, ia akan memaparkan skrin “Windows is loading files…”
- Skrin “Install Windows” dipaparkan. Klik pada butang Next.
- Klik pada “Install Now”.
- Terma dan syarat bagi Windows Vista dipaparkan. Setelah membaca terma dan syarat ini, tandakan pada kotak “I accept the license terms” dan klik butang Next.
- Pilih “Custom (advanced)” sebagai jenis pemasangan.
- Pilih partition mana yang akan digunakan untuk memasang Windows Vista, dan klik pada butang Next.
- Proses pemasangan Window Vista bermula. Tunggu sehingga proses ini selesai.
- Setelah proses pemasangan siap, skrin “Set Up Windows” dipaparkan. Isikan kata nama dan kata laluan bagi akaun Windows Vista anda, dan klik pada butang Next.
- Isikan nama komputer dan klik pada butang Next.
- Pilih “Use recommended settings” sekiranya anda mahu Windows Update dijalankan secara automatik.
- Pilih zon masa yang betul, serta pastikan tarikh dan masa yang dipaparkan adalah tepat. Klik pada butang Next.
- Proses pemasangan telah selesai. Klik pada butang Start untuk mula menggunakan Windows Vista.
0 comments:
Post a Comment