Start up item yang terlalu banyak akan menghalang sistem operasi anda untuk beroperasi dengan optimum. Ini kerana sistem operasi akan load semua item di dalam list start up item sebaik sahaja sistem operasi di hidupkan. Ini pastinya akan melambatkan prestasi komputer terutamanya jika applikasi yang berada di start up sangat jarang di gunakan.
Di sini kita akan lihat bagaimana caranya membuang list item di dalam start up list.
Langkah 1:
Klik logo Windows 7 di ikuti taip perkataan msconfig di dalam text box. Tekan kekunci enter untuk meneruskan.
Langkah 2:
Skrin seperti di bawah akan terpapar, klik di tab "Startup"
Langkah 3:
Buang mana-mana startup item yang anda ingin buang, tetapi sila pastikan yang anda tidak membuang start up item untuk perisian antivirus.
Skrin di bawah adalah contoh selepas anda buang semua startup item.
Klik OK untuk meneruskan proses.
Langkah 4:
Hasil akan hanya kelihatan selepas anda restart komputer anda.
0 comments:
Post a Comment