www.esoftwaresource.blogspot.com. Powered by Blogger.
RSS

Apa itu Wordpress

WordPress merupakan sistem penerbitan blog yang ditulis dalam bahasa pengaturcaraan PHP dan disokong oleh pangkalan data MySQL. WordPress merupakan evolusi yang paling berjaya dari induk sistem penerbitan blog b2/cafelog dan memiliki sejumlah besar pengguna dan pemaju untuk perisiannya.
Diedarkan di bawah Lesen Awam Am GNU, WordPress disebarkan kepada umum sebagai perisian percuma. Versi terkini WordPress iaitu Version 3.1.1 telah diterbitkan pada 15 April 2011.

Permulaan WordPress
Nama ‘WordPress’ telah dicadangkan oleh Christine Selleck, iaitu rakan kepada ‘bapa’ pemaju WordPress, Matt Mullenweg. WordPress pada masa ini hanya menyokong satu blog atau portal web untuk satu kali pemasangan, namun terdapat juga versi multi-pengguna yang dinamakan sebagai WordPress MU (WordPress MultiUser-WordPress MultiPengguna).

Walaupun begitu, seseorang pengguna WordPress masih boleh memiliki lebih dari satu blog WordPress di dalam satu pelayan dan pangkalan data yang sama, iaitu dengan meletakkan fail-fail pemasangan WordPress dalam direktori yang berlainan.

Terbitan perisian baru WordPress selalunya dinamakan sempena pemuzik jazz yang terkenal, contohnya Mingus dan Ella (Ella Fitgerald).

Untuk mendapatkan nota panduan membuat wordpress,sila klik disini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment