www.esoftwaresource.blogspot.com. Powered by Blogger.
RSS

CARA-CARA CAPAIAN KE SISTEM EPEROLEHAN

Manual ini dikhaskan untuk pembekal Kerajaan dalam memastikan kelancaran dalam
urusan pembelian produk/perkhidmatan yang dilakukan melalui sistem ePerolehan.
Manual ini hanya untuk pembolehan infrastruktur anda dalam mengakses sistem
ePerolehan sahaja Terdapat beberapa langkah yang perlu anda ambil dalam memastikan
komputer anda dapat mengekses sistem ePerolehan.



1. Infrastruktur
2. Client Module & Patch
3. Konfigurasi Internet Explorer
4. Log Masuk Kad Pintar

1 INFRASTRUKTUR
Sila pastikan anda mempunyai kelengkapan infrastruktur yang mencukupi untuk proses
capaian ke sistem ePerolehan. Senarai infrastruktur yang lengkap adalah seperti berikut:
a) Komputer
b) Talian Internet (Tmnet, Streamyx, ISDN…)
c) Pembaca Kad Pintar
Sila anda pastikan talian Internet dan Pembaca Kad Pintar telah disambungkan ke
komputer anda dan boleh digunakan sebelum anda ke proses seterusnya. Jika anda
mempunyai masalah dalam ‘installation’ pembaca kad pintar, sila dapatkan bantuan
daripada pihak yang mahir dalam pengendalian komputer. **Sistem operasi Microsoft
Windows XP adalah sistem operasi yang paling sesuai untuk setiap komputer yang
digunakan untuk sistem ePerolehan kerana mempunyai versi terbaru untuk Internet
Explorer dan mudah digunakan.

2CLIENT MODULE & PATCH
Client module & patch adalah satu sistem ‘software’ yang diperlukan dan sebahagian
daripada proses pembolehan (capaian) akses ke sistem ePerolehan. Tanpa ‘software’ ini
anda tidak akan dapat mengakses sistem ePerolehan (Log Masuk Kad Pintar). Untuk
mendapatkan ‘software’ ini, anda dikehendaki melayari laman web ePerolehan iaitu :
Klik untuk muat turun

Untuk muat turun manual penggunaan klik disini

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web rasmi perolehan kerajaan di
http://home.eperolehan.com.my/v2/


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment