Semakin maju dunia IT, semakin hebat virus menyerang komputer dan
semakin banyak produk pencegah virus dikeluarkan. Pernahkah anda
terfikir siapakah dalang di sebalik virus komputer?
Adakah virus datang dengan sendiri?. Di internet terdapat ribuan
malah jutaan virus yang boleh menutup sistem anda dan menghancurkan data
anda. Antara gejala sistem yang biasa menyerang komputer adalah seperti
:
*** Item yang jarang muncul di skrin seperti grafik pelik, mesej yang aneh atau mesej sistem ‘error’.
*** Capaian ke program rosak, cakera keras (Hard Disk) tak boleh baca.
*** Memakan masa yang sangat lama untuk mula program, atau
kelajuan capaian program semakin lembab, atau mungkin juga anda tak
boleh nak buka program langsung.
Itu adalah sedikit sebanyak gejala virus yang biasa menyerang
komputer, jadi hati-hati dengan mesej yang pelik atau yang jarang muncul
di skrin komputer anda.
Berbalik kepada tajuk kita iaitu siapa sebenarnya dalang kepada
terhasilnya virus-virus yang saban hari telah merosakkan ribuan komputer
di seluruh dunia. Baiklah, berikut merupakan antara dalang utama
terhasilnya virus :
1) – Hackers, atau penggodam komputer, mereka
mempunyai kemahiran untuk mengeksploit sistem komputer tanpa anda
sedari. Mereka jugalah antara dalang utama terhasilnya virus komputer.
2) – Graduan, graduan yang dimaksudkan di sini ialah
graduan jurusan sains komputer, ada di antara mereka menjadi
pengganggur, walaubagaimanapun, mereka ini berkemahiran tinggi dalam
ilmu komputer, mungkin akibat terlalu kecewa kerana tidak mempunyai
pekerjaan mereka mencipta virus komputer dan menyebarkannya.
3) – Kelab komputer, sebahagian kelab komputer mempunyai anggota yang aktif tentang maklumat bagaimana menulis virus.
4) – Pengganas, kumpulan ini mempunyai pemikiran
yang fanatik yang menganggap mereka adalah kumpulan terhebat di negara
mereka atau di dunia. Akibat sering diburu pihak berkuasa, mereka telah
mencipta virus untuk mengeksploit sistem komputer pihak kerajaan di
negara mereka yang seterusnya merebak ke komputer seluruh dunia.
Keempat-empat kumpulan di atas merupakan dalang utama terhasilnya virus, anda pernah dengar nama David Smith?
beliau telah dipenjarakan 20 bulan oleh mahkamah Amerika Syarikat atas
kesalahan mencipta dan menyebarkan virus komputer yang telah menyebabkan
dunia kerugian jutaan US Dollar dengan cara merosakkan rangkaian
internet di seluruh dunia.
Persoalan yang mungkin terlintas?? mungkin juga pengeluar perisian Anti Virus sendiri yang mencipta virus, kita lihat kini setiap hari akan muncul perisian Anti Virus baru yang kononnya mampu untuk menghalang komputer dari serangan virus, demi mencari keuntungan yang cepat, maka tidak mustahil mereka juga yang mencipta virus dan kemudian menawarkan produk yang mampu menghalang virus tersebut. Sama-sama kita renungkan?!..:-)
(sumber daripada http://pcislam.com)
0 comments:
Post a Comment