www.esoftwaresource.blogspot.com. Powered by Blogger.
RSS

Hantar SMS Percuma Guna Gmail

Tahukah anda bahawa google telah menyediakan perkhidmatan sms dan chat bagi pengguna yang membuka akauan gmail.Melalui fungsi SMS percuma ‘tanpa had’ ini, GMail memberikan 50 mata kredit – 1 kredit per SMS. Tiada had yang diperkatakan adalah apabila rakan anda membalas mesej kembali kepada GMail anda, 5 mata akan ditambah semula kepada mata kredit anda. Namun had penuh mata kredit adalah 50 dan mata kredit ini akan di reset semula setiap 24jam.


Untuk makluman anda, setiap SMS yang dibalas melalui telefon kepada akaun GMail, akan dikenakan cas sebanyak 10 sen per SMS atau untuk jimatkan kos anda boleh aktfikan langganan RM1 untuk seminggu.

Langkah memulakan SMS percuma ‘tanpa had’ melalui panel akaun Gmail.

Buka akaun Gmail, isikan nombor telefon pada bahagian Chat and SMS, klik butang SMS untuk teruskan

Paparan untuk simpan kenalan anda, lengkapkan nama dan lain-lain. klik butang save untuk teruskan.
Isikan mesej dan anda boleh menggunakan smiley untuk menjadikannya menarik.
Pada ketika ini, perkhidmatan sms percuma ‘tanpa had’ ini cuma menyokong telco DiGi dan juga Maxis
 (sumber maklumat ini diperolehi daripada http://kawangeek.com)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS