www.esoftwaresource.blogspot.com. Powered by Blogger.
RSS

10 Perkara tentang WAP



wap2

WAP atau Wireless Application Protocol merupakan protokol baru dan juga merupakan satu teknik penyampai dan mengakses maklumat yang canggih
 
1. Apakah yang dimaksudkan WAP?

WAP singkatan kepada Wireless Application Protocol (Protokol Aplikasi Tanpa Wayar) adalah merupakan satu set protokol yang membenarkan dan menyokong capaian Internet oleh perkakasan-perkakasan tanpa wayar

2. Bagaimanakah senibina WAP?
Senibina WAP terbahagi kepada 4 komponen utama iaitu WDP - Singkatan bagi WAP Datagram Protocol. Merupakan peringkat pengangkutan yang menerima dan menghantar mesej samada SMS (Short Message Service), USSD (Unstructured Supplementary Services Data), CSD (Circuit-Switched Cellular Data), CDPD (Cellular Digital Packet Data), IS-136 dan GPRS (General Packet Radio Services).WTLS - Singkatan bagi Wireless Transport Layer Security. Mempunyai kemudahan enkripsi bagi memastikan pengangkutan selamat terutamanya dalam aplikasi berisiko tinggi seperti e-dagang. WSP - Singkatan bagi Wireless Session Protocol. Membenarkan pertukaran data antara aplikasi dilakukan dengan efisien.
Antaramuka HTTP - Membolehkan pengguna mencapai kandungan WAP dari Internet.

3. Siapakah yang mula-mula membangunkan WAP?
Empat syarikat utama yang menjadi pelopor pembangunan WAP ialah Ericsson, Nokia, Motorola dan Unwired Planet. Keempat-empat syarikat ini telah menubuhkan satu forum yang dinamakan sebagai WAP Forum pada tahun 1997 bertujuan bagi menetapkan spesifikasi protokol WAP. WAP tidak dimonopoli oleh mana-mana syarikat sebaliknya ia merupakan piwaian antarabangsa. Ketika ini terdapat lebih dari 100 buah syarikat dan organisasi dari pelbagai sektor seperti syarikat perisian, pengeluar infrastruktur dan terminal telekomunikasi, penyedia kandungan dan perkhidmatan dan sebagainya. Maklumat tentang WAP Forum boleh didapati di laman www.wapforum.org.

4. Dalam bahasa pengaturcaraan apakah WAP ditulis?
Kandungan WAP ditulis dengan menggunakan bahasa WML (Wireless Markup Language) dan WML script. WML merupakan subset kepada teknologi XML (Extensible Markup Language).

5. Bagaimanakah WAP dipaparkan?
Pengguna boleh membuka kandungan WAP melalui perkakasan WAP sedia ada seperti telefon bimbit dengan menggunaka perisian khusus pemapar mikro (microbrowser).
 
6. Kenapa bukan HTML?
HTML tidak sesuai digunakan dalam peranti seperti telefon selular/bimbit kerana ia memakan saiz yang besar walaupun hanya untuk penghantaran teks sahaja. Kandungan menerusi HTML juga tidak dapat dibuka secara efektif menerusi paparan yang kecil misalnya bersaiz poket seperti pager atau telefon bimbit.

7. Bagaimanakah kesan WAP terhadap industri telekomunikasi?
WAP jelas membantu ke arah perkembangan pembangunan telekomunikasi. Kebanyakan syarikat-syarikat gergasi telekomunikasi telah pun mengeluarkan produk dan perkakasan yang berasaskan WAP. Teknologi telekomunikasi juga telah mengalami peralihan sejajar dengan perkembangan ini iaitu dari GSM (2G), kemudian GPRS (2.5G) dan kini CDMA2000 dan WCDMA (3G).

8. Siapakah/Apakah saingan WAP?
Terdapat tiga saingan utama bagi WAP iaitu Windows CE - Dibangunkan oleh Microsoft dan digunakan dengan meluas dalam PDA (Personal Digital Assistant). PDA turut menjadi saingan kepada penggunaan telefon bimbit dari segi capaian ke Internet kerana ia lebih mudah dikendalikan.
SIM (Subscriber Identity Module) - Penggunaannya dikaitkan dengan kad pintar yang biasanya dimasukkan kedalam peranti tanpa wayar. JavaPhone - Dibangun oleh Sun Microsystems untuk kegunaan telefon selular. Kelebihannya ialah fungsi dan ciri terkini boleh dimuat turun dari Internet tanpa perlu menukar telefon semata-mata disebabkan ketiadaan fungsi tersebut.

9. Apakah kelebihan WAP?
Kelebihan WAP ialah piawaian terbuka dan bebas dari segi vendor dan rangkaian. Kebanyakan aplikasi di muat turun dari Internet dan tidak memerlukan sebarang perisian atau perkakasan tambahan pada sesuatu peranti.
 
10. Bagaimanakah masa hadapan WAP?
WAP telah membantu pengguna malah organisasi dari banyak segi pada masa ini. Pengguna misalnya boleh melihat pasaran saham, membuat tempahan tiket, mengetahui lokasi sesuatu tempat dengan hanya menggunakan telefon bimbit sahaja (berasaskan WAP). WAP telah membuka satu lagi peluang perniagaan baru bagi penyedia perkhidmatan Internet dan syarikat-syarikat pembangunan Web bagi membangunkan kandungan dan laman berasaskan WAP. Dengan disokong oleh industri telekomunikasi, masa hadapan WAP jelas amat cerah.










  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment