www.esoftwaresource.blogspot.com. Powered by Blogger.
RSS

Cara-cara Menggunakan Norton Ghost Untuk Backup Dan Restore Windows

Dengan Norton Ghost, anda boleh membuat backup dan restore kepada Windows anda. Misalnya, jika anda baru sahaja format komputer dan install segala macam software yang anda perlukan, anda boleh lakukan operasi Ghost terhadap Windows tersebut. Katakan Windows anda kemudiannya mengalami masalah sehingga tak dapat nak buka langsung. Restore sahaja fail Ghost tadi, dan Windows akan kembali seperti sediakala, lengkap dengan segala software yang anda telah install.



Selain itu, operasi Ghost juga sesuai digunakan jika anda dikehendaki untuk install Windows ke dalam beberapa buah PC. Buat backup Ghost pada PC pertama, kemudian restore fail Ghost tersebut kepada semua PC yang lain. Cara ini jauh lebih pantas kerana operasi restore Ghost cuma mengambil masa kurang 5 minit sahaja berbanding proses install Windows yang mungkin memakan masa hingga 30 minit.
klik untuk download

Selepas download,buka zip file dengan winrar ataupun winzip.Burn ke dalam disk dengan menggunakan nero ataupun apa-apa software dengan syarat pastikan burn disk itu dengan memilih 'make bootable disk'.

Pada kali ini, saya akan menunjukkan cara-cara membuat backup Ghost yang anda boleh simpan dalam bentuk fail. Ikuti langkah-langkah di bawah:

Buat Backup Ghost Pada Partition

  1. Hidupkan komputer anda dan masukkan CD Norton Ghost. Pastikan anda telah mengubah boot sequence kepada CD.
  2. Skrin Norton Ghost akan dipaparkan.
  3. Pilih Local > Partition > To Image. Pilihan ini bertujuan untuk membuat backup untuk partition anda, dan menyimpannya dalam bentuk fail.
    Norton Ghost
  4. Pilih hard disk yang mengandungi partition tersebut.
    Norton Ghost
  5. Pilih partition yang anda hendak backup.
    Norton Ghost
  6. Anda dikehendaki memilih tempat di mana fail Ghost akan disimpan. Pilih folder yang anda mahu, berikan nama untuk fail Ghost, dan klik Save.
    Norton Ghost
  7. Klik OK pada mesej “Proceed with partition image creation?”. Tunggu hingga proses backup selesai, dan anda boleh restart semula PC anda.
    Norton Ghost

Restore Fail Ghost Kepada Partition

  1. Hidupkan komputer anda dan masukkan CD Norton Ghost. Pastikan anda telah mengubah boot sequence kepada CD.
  2. Skrin Norton Ghost akan dipaparkan.
  3. Pilih Local > Partition > From Image. Pilihan ini bertujuan untuk restore semula fail Ghost tadi kepada partition asal.
    ghost-09
  4. Pilih fail Ghost tersebut dan klik Open.
    ghost-10
  5. Pilih partition yang mengandungi fail Ghost.
    ghost-11
  6. Pilih hard disk yang mengandungi partition asal.
    ghost-12
  7. Pilih partition yang yang anda hendak restore.
    ghost-13
  8. Klik OK pada mesej “Proceed with partition restore? Destination partition will be permanently overwritten”. Tunggu hingga proses restore selesai, dan anda boleh restart semula PC setelah proses selesai.
    ghost-14                                                                                                                                                                 
(sumber dari web sk)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Didie said...

Huhuhuu... lbh kurang 8 tahun yg lepas penah guna cara ni...mmg best kalau win problem xyh format n install software satu2... tp dah lama x guna ntah igt lg x caranya... hehehee...

ذولکيفلي عبدالحميد said...

awk blh cuba langkah2 diatas..tp jgn tersilap step..

Post a Comment