www.esoftwaresource.blogspot.com. Powered by Blogger.
RSS

INSTALL TULISAN ARAB/JAWI PADA WINDOWS 7

 
Berjumpa kita sekali lagi dalam tutorial kali ini. Sebelum ini telah dijelaskan cara-cara memasukkan (install) tulisan arab pada Windows XP.  InsyaAllah sebagai perkongsian seterusnya, saya akan menunjukkan cara menambah tulisan bahasa arab pada keyboard anda khususnya bagi pengoperasian Windows 7 supaya anda dapat membaca dan menaip tulisan arab/jawi pada komputer peribadi atau laptop anda.

Ikuti langkah-langkah berikut:



1.    Klik start dan klik ‘control panel’.

2.    Bila control panel telah terbuka, lihat kategori besar Clock, Language and Region dan klik ‘change keyboards or other input methods’.
3.    Setelah itu klik butang ‘Change keyboards’.

4.    Kemudian klik butang ‘Add’.


5.    Sekarang kita akan menambah Bahasa Arab. Lihat pada gambar di bawah. Klik tanda + untuk membuka setting seterusnya.
 Pastikan Arabic (101) sudah tertanda.

6.    Akhir sekali, untuk memastikan Windows 7 anda sudah dilengkapi dengan bahasa arab, sila lihat taskbar di bawah sebelah kanan ( berhampiran dengan masa ).



Alhamdulillah…sekarang Windows 7 anda sudah dilengkapi dengan bahasa arab. Anda boleh sudah membaca dan menaip tulisan arab dan jawi.
Untuk font-font arab dan jawi, anda boleh mendownload di sini.
Boleh juga muat turun disini

(sumber dari web abuimtiaz blog)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS