SEKIRANYA komputer saya telah diserang oleh Malware, apakah yang perlu saya lakukan?
Apabila berlakunya masalah jangkitan atau serangan Malware terhadap
sesebuah komputer, sudah tentulah ia perlu dipulihkan kembali dengan
memelihara keselamatan dan keadaan data yang ada di dalamnya.
Namun begitu, ada beberapa cara yang baik dalam mengendalikan masalah
ini supaya proses baik pulih akan berjalan dengan lancar dan jayanya.
Berikut adalah cara-cara yang boleh diguna pakai dalam mengendalikan
masalah ini.
1. Kenal pasti tahap ancaman Malware tersebut sama ada ia dikategorikan sebagai ancaman pada tahap rendah, sederhana atau tinggi.
Pada tahap ancaman yang rendah, kesan buruknya adalah jelas tetapi
mudah untuk dibersihkan. Pada tahap ancaman yang sederhana, kesan
buruknya juga adalah jelas tetapi memerlukan usaha yang lebih untuk
membersihkannya.
Pada tahap ancaman tinggi, kesannya agak sukar untuk dilihat atau
dikesan tetapi ia akan mencuri data yang terdapat dalam komputer
tersebut.
Jadi, fokus haruslah diberikan kepada tanda-tanda ancaman Malware tersebut dan bagaimana langkah yang seterusnya perlu diambil untuk menanganinya.
2. Lakukan analisis terhadap fail-fail log bagi kesemua perisian
keselamatan yang ada seperti Firewall, antivirus dan sebagainya.
Ini adalah untuk melihat sama ada berlaku perkaitan masalah Malware sedia ada dengan masalah-masalah Malware yang lepas.
3. Buat soal selidik kepada pengguna komputer tersebut atau kepada
diri sendiri berkenaan dengan aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan
terhadap komputer tersebut sebelum terjadinya masalah jangkitan Malware ini.
Sila catit kesemuanya jika perlu. Ini penting untuk melihat perkaitannya dengan masalah Malware yang dihadapi. Boleh juga melihat fail log komputer sekiranya ada.
4. Laksanakan baik pulih komputer yang dijangkiti dengan
program-program tertentu dan sekiranya tidak boleh mencapainya,
gunakanlah media lain seperti pemacu storan USB, CD, disket atau DVD.
Antara program komputer yang penting untuk buat baik pulih ini adalah seperti USB Dummy Protect (fungsi write protect), Super Anti-Spyware (Buang Malware) Malware Bytes AntiMalware (Buang Malware), SysInternals (Masalah Malware), EXEFIX_XP (Pulihkan masalah fail .exe dan shortcut), Sophos Rootkit Revealer (Masalah Malware), aswMBR (Masalah Malware), Kaspersky Rescue CD (Pakej lengkap untuk masalah Malware) dan lain-lain tools atau program baik pulih.
Perkara yang paling penting setelah itu adalah kemas kini
perisian-perisian yang sedia ada dalam komputer itu termasuk sistem
pengoperasian.
5. Buat pengrekodan terhadap semua dapatan yang telah diperolehi sama
ada ia datang daripada soal selidik atau perlarian program komputer
seperti masalah virus atau Malware, masalah vulnerability atau kelemahan pada sistem komputer, risiko-risiko yang berpotensi berlaku, perimeter-perimeter ancaman dan lain-lain.
Bagi melengkapkan pengrekodan ini, boleh rujuk kepada buku-buku panduan atau laman-laman web keselamatan seperti Microsoft Malware Protection Center, McAfee Threat Intelligence dan lain-lain. Biasanya laman web perisian anti virus yang utama ada menyediakan maklumat-maklumat ini.
6. Akhir sekali, bolehlah dirangkakan atau membuat tambahan kepada
panduan keselamatan dan polisi keselamatan terhadap penggunaan komputer
bagi mencegah berlakunya masalah jangkitan Malware ini sekali lagi di masa hadapan. Ini dapat mendidik sesiapa sahaja untuk penggunaan komputer yang selamat dan betul.
Proses pencegahan perlu dibuat tetapi ia tidak dapat menghalang secara total masalah jangkitan Malware ini.
Perkara yang penting adalah persediaan perlu ada untuk menangani
masalah ini dan ia perlu dikongsi untuk pertahanan di masa akan datang.
Berlakunya masalah ini membolehkan beberapa kajian dapat dibuat
terhadap tahap rangka keselamatan digital sedia ada dengan membuat
profil risiko-risiko jangkaan, menganaliasa fail-fail log, kecerdikan
sistem dalam menangani ancaman dan lain-lain.
Diserang Malware
12:02 |
Labels:
Masalah komputer
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment