www.esoftwaresource.blogspot.com. Powered by Blogger.
RSS

Amalan selamat guna Apple Mac

SELALU dibincangkan amalan selamat dalam mengendalikan komputer berasaskan Windows dan Linux, bagaimana pula untuk komputer yang berasaskan Apple Mac?
-Nathan, Kuantan.


SECARA umumnya, amalan yang selamat adalah sama sahaja iaitu pastikan data atau fail yang digunakan atau didapati daripada mana-mana punca adalah selamat dan bukannya virus atau malware.
Begitu juga ketika melayari Internet, amalkan budaya yang selamat.
Namun begitu, di sini saya bincangkan beberapa amalan selamat yang lebih spesifik untuk pengguna komputer peribadi yang berasaskan Apple Mac.

Hindari daripada amalan log in atau masuk ke dalam komputer secara automatik.
Ia boleh dikonfigurasikan pada Login Option di Account dalam System Preference. Masukan nilai Off pada Automatic Login dan tukar kepada Display Login Windows dengan Name and Password.
Pasang perisian antivirus kepada komputer Mac dan kemas kini fail enjinnya selalu.
Walaupun dikatakan komputer Mac kebal virus tetapi ia boleh menjadi pembawa virus dan seterusnya menjangkiti komputer yang lain.

Di antara perisian antivirus yang digunakan untuk komputer Mac adalah seperti CalmXav, Sophos dan lain-lain.Amalkan budaya selamat dalam melayari Internet. Boleh menggunakan aplikasi OpenDNS dan Google Public DNS untuk mengurangkan masalah spoofing dan phising ketika melayari Internet.
Penggunaannya tidak memerlukan proses pemasangan tetapi hanya memasukkan alamat IP bagi aplikasi DNS tersebut ke dalam konfigurasi rangkaian atau pelayar web yang digunakan.

Sebagai contoh, untuk OpenDNS, masukkan alamat IP 208.67.222.222 dan 208.67.220.220 pada ruangan kosong DNS. Bagi Google Public DNS, masukkan alamat IP 8.8.8.8 and 8.8.4.4 pada ruangan kosong DNS.Hidupkan dan konfigurasikan dengan selamat aplikasi Firewall Lion dalam komputer Mac.
Ia membantu menghalang keluar dan masuk trafik rangkaian yang tidak perlu dalam sesebuah komputer Mac.


Lebih banyak servis yang kena blok akan menyukarkan proses pencerobohan ke atas sesebuah komputer.
Penggunaan aplikasi FileVault dalam komputer Mac. Ia merupakan satu aplikasi yang digunakan untuk perlindungan data dan fail yang ada di dalam komputer Mac.Ia juga mempunyai fungsi enkripsi untuk sesuatu data yang penting dan sensitif.Buat kajian yang terperinci terlebih dahulu sekiranya ia perlu digunakan dan pastikan berada dalam polisi teknologi maklumat sekiranya perlu.

Penggunaan komputer yang selamat perlu bagi mengelakkan masalah yang lebih besar lagi menimpa seperti kehilangan data, reputasi diri, wang dan nyawa.Kos penyediaan perimeter keselamatan ini lebih murah berbanding kos untuk mengembalikan data yang telah rosak atau hilang. Fikir-fikirkanlah ketika menggunakan komputer.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Komputer untuk bisnes

 HP kini mengembangkan perniagaan komputer peribadi (PC) Elite dengan PC industri semua-dalam-satu (AiO) yang pertama menggunakan Intel Core generasi kedua teknologi vPro.
Model berkenaan mempunyai keupayaan 40 peratus lebih baik, 15 peratus akses pemacu keras lebih pantas dan mengurangkan downtime melalui pengurusan teknologi maklumat mudah alih.Sesuai untuk perniagaan kecil dan sektor awam HP Compaq 8200 Elite, AiO menawarkan pencapaian yang tinggi, keselamatan dan fungsi pengurusan mudah alih selain perkakasan bersepadu yang membenarkan hubungan antara perniagaa dengan pekerja di pejabat antara bandar atau di seluruh dunia.

Pengarah Pemasaran Komputer Meja Komersial HP, Jeff Groudan berkata, kemunculan komputer Elite membuktikan komitmen HP bagi menghasilkan pengkomputeran untuk golongan itu yang cemerlang.
"HP Compaq 8200 Elite All-in-One mempamerkan inovasi perkakasan dan perisian bagi kategori AiO.
"Rekaan nipis, fleksibel dan sesuai untuk perniagaan," katanya.Menampilkan monitor LED definisi tinggi penuh (full HD) 23 inci,model berkenaan dilengkapi kamera video bersepadu, mikrofon dan pembesar suara bagi komunikasi empat mata.SRS Premium Sound adalah untuk mendapatkan pengalaman bunyi sempurna dengan bunyi persekitaran.Ia juga datang dengan lesen HP Virtual Room selama setahun, membolehkan persembahan slaid, mesyuarat kumpulan, latihan dan kelas dalam pusat persidangan dalam talian mudah digunakan.HP Compaq 8200 Elite semua dalam satu datang dengan jaminan tiga tahun bagi alat ganti dan tenaga kerja pada perkhidmatan di lapangan.

Ia memberikan sokongan pelanggan premium melalui HP Total Care dan HP Care Pack Services dan menawarkan kontrak perkhidmatan yang lebih panjang berbanding jaminan standard bagi membantu memaksimumkan pelaburan di masa akan datang.Tambahan kepada AiO yang pertama ke HP Compaq 8200 Elite Desktop Series, HP Compaq 8200 Elite menyokong pemprosesan Intel terkini dan chipset Intel Q67 Express kepada keupayaan memaksimumkan keupayaan pengkomputeran.
Ia juga menggunakan Intel Turbo Boost Technology 2.0 dan Intel Hyper-Threading Technology untuk meningkatkan pelbagai tugas secara bersepadu.Mudah diguna dan diuruskan, HP Compaq 8200 Elite dilengkapi Intel Standard Manageability dan ciri HP BIOS bersama-sama dengan teknologi Intel vPro bagi membolehkan pengurusan komputer mudah alih dan isu resolusi.HP Compaq 8200 Elite All-in-One juga menunjukkan peralatan keselamatan HP Elite-class bagi membantu melindungi data perniagaan yang kritikal.

Ini termasuk cip keselamatan standard TPM 1.2 bagi enkripsi berasaskan perkakasan serta meningkatkan enkripsi peribadi melalui pakej penuh HP ProtectTools termasuk HP DriveLock, HP Digitalpass dan HP Face Recognition.Bagi pelanggan perniagaan kecil dan sederhana yang mencari penyimpanan data, perkongsian fail yang fleksibel, model tersebut menyokong sehingga sistem memori 8GB DDR3 SDRAM PC3-1333 dan dua slot memori, slot mini PCI Express (PCIe) dan pemacu.Ia juga menawarkan pilihan kapasiti Solid State Drive (SSD) bagi akses data lebih laju, senyap dan sejuk berbanding pemacu keras standard.Harganya bermula dengan RM3,288 dan telah berada di pasaran.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MASALAH PROGRAM NOT RESPONDING

Pernahkah Komputer anda jadi begini?

Apa yang perlu anda lakukan ?

Langkah 1 : Klik kanan pada Desktop anda dan pilih New – Shortcut.

Langkah 2 : Dalam Kotak Shortcut tersebut, masukkan kod ini…

taskkill.exe /f /fi “status eq not responding”

Kemudian, klik Next.


Langkah 3 : Namakan dengan sebarang nama yang anda suka untuk program ini. Contoh, saya namakan dengan nama BunuhProgram.exe.

 Ya ! Sekarang tunggu sahaja apabila komputer anda “hang” dan lakukan teknik ini. Untuk memudahkan anda, tarik icon shortcut ini ke Taskbar di bawah skrin anda supaya anda boleh klik dengan cepat nanti.

 (Sumber dari azizulazami.com)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KMS Activator For Microsoft Office 2010


Software ini boleh activate Microsoft Office 2010 sahaja. Jika anda ada masalah dengan activation Microsoft Office 2010, cuba guna activation ini..

Note:Anda perlu turn off anti virus terlebih dahulu dan pastikan tiada koneksi ke internet.

1. Once download extract the file
2. Open the Activation Program
3. Click Install Km-Installer
4. Then click Activation Office 2010 VL
if that doesn't work restart your computer

5. Only if 4 doesn't work - click Rearm Office 2010 then reboot



DOWNLOAD
(Mediafire)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lajukan Komputer Anda Dengan Notepad



Pelbagai kajian yang dibuat bagi melajukan komputer.RAM yang tinggi tidak semestinya membuat komputer anda laju.Namunpun begitu,setiap individu yang mempunyai kepakaran ataupun pengetahuan tentang komputer akan berusaha untuk mencari penyelesaian.Dengan notepad,pelbagai benda boleh dilakukan.Hasil kajian daripada sumber yang saya perolehi,beliau memberi langkah-langkah seperti berikut:

Langkah 1 : Buka Notepad anda dan taipkan code seperti ini.
Cara Menulis : mystring=(80000000)

Langkah 2 : Kemudian, simpan fail Notepad ini dengan nama [ram.vbs] dan simpan di Desktop Komputer anda.

Langkah 3 : Klik 2x pada fail tadi dan alamilah kelajuan Komputer yang anda tidak pernah rasa sebelum ini.

Cuba buka beberapa fail yang sama seperti pada mula-mula anda buka tadi dan bandingkan perbezaannya. Teknik ini juga sekaligus telah melajukan proses membuka laman web di internet..

(sumber asal diperolehi dari azizulazami.com)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10 Perkara tentang WAP



wap2

WAP atau Wireless Application Protocol merupakan protokol baru dan juga merupakan satu teknik penyampai dan mengakses maklumat yang canggih
 
1. Apakah yang dimaksudkan WAP?

WAP singkatan kepada Wireless Application Protocol (Protokol Aplikasi Tanpa Wayar) adalah merupakan satu set protokol yang membenarkan dan menyokong capaian Internet oleh perkakasan-perkakasan tanpa wayar

2. Bagaimanakah senibina WAP?
Senibina WAP terbahagi kepada 4 komponen utama iaitu WDP - Singkatan bagi WAP Datagram Protocol. Merupakan peringkat pengangkutan yang menerima dan menghantar mesej samada SMS (Short Message Service), USSD (Unstructured Supplementary Services Data), CSD (Circuit-Switched Cellular Data), CDPD (Cellular Digital Packet Data), IS-136 dan GPRS (General Packet Radio Services).WTLS - Singkatan bagi Wireless Transport Layer Security. Mempunyai kemudahan enkripsi bagi memastikan pengangkutan selamat terutamanya dalam aplikasi berisiko tinggi seperti e-dagang. WSP - Singkatan bagi Wireless Session Protocol. Membenarkan pertukaran data antara aplikasi dilakukan dengan efisien.
Antaramuka HTTP - Membolehkan pengguna mencapai kandungan WAP dari Internet.

3. Siapakah yang mula-mula membangunkan WAP?
Empat syarikat utama yang menjadi pelopor pembangunan WAP ialah Ericsson, Nokia, Motorola dan Unwired Planet. Keempat-empat syarikat ini telah menubuhkan satu forum yang dinamakan sebagai WAP Forum pada tahun 1997 bertujuan bagi menetapkan spesifikasi protokol WAP. WAP tidak dimonopoli oleh mana-mana syarikat sebaliknya ia merupakan piwaian antarabangsa. Ketika ini terdapat lebih dari 100 buah syarikat dan organisasi dari pelbagai sektor seperti syarikat perisian, pengeluar infrastruktur dan terminal telekomunikasi, penyedia kandungan dan perkhidmatan dan sebagainya. Maklumat tentang WAP Forum boleh didapati di laman www.wapforum.org.

4. Dalam bahasa pengaturcaraan apakah WAP ditulis?
Kandungan WAP ditulis dengan menggunakan bahasa WML (Wireless Markup Language) dan WML script. WML merupakan subset kepada teknologi XML (Extensible Markup Language).

5. Bagaimanakah WAP dipaparkan?
Pengguna boleh membuka kandungan WAP melalui perkakasan WAP sedia ada seperti telefon bimbit dengan menggunaka perisian khusus pemapar mikro (microbrowser).
 
6. Kenapa bukan HTML?
HTML tidak sesuai digunakan dalam peranti seperti telefon selular/bimbit kerana ia memakan saiz yang besar walaupun hanya untuk penghantaran teks sahaja. Kandungan menerusi HTML juga tidak dapat dibuka secara efektif menerusi paparan yang kecil misalnya bersaiz poket seperti pager atau telefon bimbit.

7. Bagaimanakah kesan WAP terhadap industri telekomunikasi?
WAP jelas membantu ke arah perkembangan pembangunan telekomunikasi. Kebanyakan syarikat-syarikat gergasi telekomunikasi telah pun mengeluarkan produk dan perkakasan yang berasaskan WAP. Teknologi telekomunikasi juga telah mengalami peralihan sejajar dengan perkembangan ini iaitu dari GSM (2G), kemudian GPRS (2.5G) dan kini CDMA2000 dan WCDMA (3G).

8. Siapakah/Apakah saingan WAP?
Terdapat tiga saingan utama bagi WAP iaitu Windows CE - Dibangunkan oleh Microsoft dan digunakan dengan meluas dalam PDA (Personal Digital Assistant). PDA turut menjadi saingan kepada penggunaan telefon bimbit dari segi capaian ke Internet kerana ia lebih mudah dikendalikan.
SIM (Subscriber Identity Module) - Penggunaannya dikaitkan dengan kad pintar yang biasanya dimasukkan kedalam peranti tanpa wayar. JavaPhone - Dibangun oleh Sun Microsystems untuk kegunaan telefon selular. Kelebihannya ialah fungsi dan ciri terkini boleh dimuat turun dari Internet tanpa perlu menukar telefon semata-mata disebabkan ketiadaan fungsi tersebut.

9. Apakah kelebihan WAP?
Kelebihan WAP ialah piawaian terbuka dan bebas dari segi vendor dan rangkaian. Kebanyakan aplikasi di muat turun dari Internet dan tidak memerlukan sebarang perisian atau perkakasan tambahan pada sesuatu peranti.
 
10. Bagaimanakah masa hadapan WAP?
WAP telah membantu pengguna malah organisasi dari banyak segi pada masa ini. Pengguna misalnya boleh melihat pasaran saham, membuat tempahan tiket, mengetahui lokasi sesuatu tempat dengan hanya menggunakan telefon bimbit sahaja (berasaskan WAP). WAP telah membuka satu lagi peluang perniagaan baru bagi penyedia perkhidmatan Internet dan syarikat-syarikat pembangunan Web bagi membangunkan kandungan dan laman berasaskan WAP. Dengan disokong oleh industri telekomunikasi, masa hadapan WAP jelas amat cerah.










  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Excellent driver backup software



Double Driver is an excellent free driver backup app that's seriously easy to use.
Drivers are pretty boring, but backups are really important. If you ever need to reinstall Windows, you'll have to manually find and install all the missing drivers that make your hardware work - unless you use an app like Double Driver to back them up before that happens.
Double Driver is a great app - it's free, portable and, most importantly, efficient. When you open it up, hit Backup. You can then choose to scan your current system or an alternative location. Once you've scanned, Double Driver will have automatically selected non-Microsoft drivers (the ones that will be missing if you need to reinstall your system). You can obviously change this if you want to.
Once you've chosen the drivers, you can then back them up to a standard folder, .ZIP file or .EXE. If you ever need to restore your drivers, open up Double Driver and click Restore. You can then choose the backed up file and load it, restoring your drivers. Just remember that if you do reinstall Windows, keep a copy of the driver backup somewhere safe!
If there is any complaint, it's that Double Driver has no help, but as drivers are a fairly easy area to deal with this shouldn't cause you any problems.
For simple driver back-ups, you can't find any better than Double Driver.
 
Pros
  • Back up and restore drivers
  • You can select which drivers you want to back up
  • Save drivers to folder, .ZIP file or .EXE.
  • Print and save list of drivers

Cons
  • No help
  • No other configuration options
Click here to download

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS