www.esoftwaresource.blogspot.com. Powered by Blogger.
RSS

Cari nama Driver Dengan Everest Ultimate

Sering kali mengalami masalah mencari nama driver selepas format.Lagi-lagi tak tahu cara untuk membaca chipset mahupun mainboard untuk download driver.Namun begitu,beberapa software telah tersedia di internet.Rajin ataupun malas sahaja untuk mencari penyelesaian.Untuk menyelesaikan masalah anda,klik disini untuk download everest ultimate.

1.Download file
2.Extract file
3.Dah selesai,buka folder dan dwi-klik pada ikon everest
       

4.Paparan berikut keluar


5.Klik pada ikon motherboard


6.Nama dan model laptop/mainboard akan terpapar.Dari maklumat yg diberi,anda sudah boleh membuat pencarian driver.Kalau tak pandai juga,ikut langkah seterusnya.



7.Klik pada devices pada sub menu sebelah kiri,dan pilih windows device.


8.Paparan dibawah akan muncul,klik pada unknown untuk mengetahui device apa yang belum dapat driver.

 

9.Selepas klik pada unknown,anda akan dapat nama dan jenis device untuk mencari driver.Contohnya:
10.Dah dapat maklumat berikut,carilah driver di google.InsyaAllah ada segalanya.Contoh di atas adalah driver network yang belum di-install.Jadi,saya pergi mencari di web realtek.com untuk mendapatkan driver.Lain-lain tu,explore sendirilah yer..  :)
(tengok,adakan driver nya)




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dapatkan Data Yang Telah Hilang Dengan PC Inspector File Recovery

PC Inspector File Recovery adalah sebuah perisian percuma yang bagus untuk mendapatkan kembali fail-fail yang telah hilang. Sama ada fail tersebut telah anda delete, ataupun fail yang hilang dari partition yang anda format, anda boleh mendapatkannya. Berikut saya akan terangkan cara-cara menggunakan PC Inspector File Recovery:

  1. Buka PC Inspector File Recovery, dan pilih English sebagai bahasa antaramuka.
  2. Anda dikehendaki memilih jenis data yang ingin diselamatkan, iaitu:
    1. Recover deleted files. Fail yang telah dibuang dekan menekan Delete atau Shift+Delete.
    2. Find lost data. Data yang hilang dari partition yang anda format, ataupun disebabkan kerosakan komputer.
    3. FInd lost drive. Jika partition hilang, ataupun tidak boleh dibuka.
  3. Bagi contoh kali ini, kita akan klik pada pilihan nombor dua, iaitu Find lost data. Klik pada ikon tersebut.
    pci-recovery-01
  4. Dwi-klik pada partition yang yang mengandungi data tersebut. PC Inspector File Recovery akan mula mengesan data-data yang sedia ada dalam partition tersebut.
    pci-recovery-02
  5. Seterusnya, tentukan cluster range yang akan dicari oleh PC Inspector Recovery. Anda boleh biarkan ia dengan nilai yang biasa, dan terus klik pada butang hijau. PC Inspector File Recovery akan mula mengesan data-data yang telah hilang. Proses ini akan mengambil masa, tunggu sehingga ianya selesai.
    pci-recovery-03
  6. Segala data yang dapat dikesan oleh PC Inspector File Recovery akan dipaparkan. Anda boleh pilih mana-mana data yang anda ingin kembalikan, dan klik pada butang save untuk menyimpan data-data tersebut.
    pci-recovery-04

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Buang Startup Item - Windows 7

Start up item yang terlalu banyak akan menghalang sistem operasi anda untuk beroperasi dengan optimum. Ini kerana sistem operasi akan load semua item di dalam list start up item sebaik sahaja sistem operasi di hidupkan. Ini pastinya akan melambatkan prestasi komputer terutamanya jika applikasi yang berada di start up sangat jarang di gunakan.
Di sini kita akan lihat bagaimana caranya membuang list item di dalam start up list.

Langkah 1:


Klik logo Windows 7 di ikuti taip perkataan msconfig di dalam text box. Tekan kekunci enter untuk meneruskan.

Langkah 2:

Skrin seperti di bawah akan terpapar, klik di tab "Startup"

Langkah 3:


Buang mana-mana startup item yang anda ingin buang, tetapi sila pastikan yang anda tidak membuang start up item untuk perisian antivirus.

Skrin di bawah adalah contoh selepas anda buang semua startup item.

Klik OK untuk meneruskan proses.

Langkah 4:


Hasil akan hanya kelihatan selepas anda restart komputer anda.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mempercepatkan Shutdown - Windows 7

Windows 7 mempunyai masa shutdown yang lebih pendek lagi jika di bandingkan dengan windows XP dan vista. Tahukah anda yang proses ini boleh di percepatkan lagi dengan hacking windows registry. Sila ikuti langkah-langkahnya di bawah.

 Langkah 1: Klik logo Windows 7 dan taip "regedit" di dalam petak run command diikuti dengan butang enter.



Langkah 2:

Di sini anda akan di paparkan dengan registry editor di mana anda boleh mengubah mana-mana kandungan di dalam registry ini. Sila lakukan dengan berhati-hati untuk mengelakkan sebarang kerosakan fail sistem.
Dari sini klik ke HKEY_LOCAL_MACHINE - SYSTEM - CurrentControlSet - Control
Klik folder Control dan anda akan dapati di sebelah kanan terdapat icon yang bertulis "WaitToKillServiceTimeOut" yang mempunyai nilai 12000 atau lebih mudah lagi 12 saat.

Langkah 3:Double Klik ikon tadi dan anda akan dapati seperti gambar di bawah.


Ubah value data kepada nilai yang lebih rendah, contohnya 3000 yang bermaksud 3000 milisecond atau 3 saat.

Langkah 4:Klik butang "OK" sesudah selesai. Hasil akan kelihatan sesudah anda restart semula komputer anda.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cara-cara Nak Install Windows 7

Sebelum memulakan pemasangan windows 7 ada beberapa benda yang perlu antaranya ialah

  1. Windows 7 DVD
  2. Komputer dengan spesifikasi di bawah (minimum, jika dapat lebih lagi baik)
    • 1 gigahertz (GHz) 32-bit (x86) atau 64-bit (x64) processor
    • 1 gigabyte (GB) RAM (32-bit) atau 2 GB RAM (64-bit)
    • 16 GB ruang hard disk  (32-bit) or 20 GB (64-bit)
    • DirectX 9 graphics device dengan WDDM 1.0
Seperti biasa, perkara pertama yang anda harus lakukan adalah memastikan PC anda dapat membaca DVD ketika ia mula-mula dihidupkan. Ini dapat dilaksanakan dengan menetapkan boot sequence yang pertama kepada CD/DVD. Setelah boot sequence telah ditetapkan, masukkan DVD Windows 7.

 Langkah-langkah installation:

  1. Skrin pertama yang keluar akan memaparkan mesej “Windows is loading files…”, tunggu sehingga proses ini selesai.
    bagaimana-install-windows-7-01
  2. Kotak pertama, kedua, dan ketiga memaparkan pilihan bahasa, zon masa dan matawang, serta tetapan papan kekunci. Tetapkan pilihan anda dan klik Next.
    bagaimana-install-windows-7-02
  3. Klik pada butang “Install Now” untuk memulakan pemasangan Windows 7.
    bagaimana-install-windows-7-03
  4. Tandakan pada kotak “I accept license terms” dan klik Next.
    bagaimana-install-windows-7-04
  5. Klik pada butang Custom untuk melakukan pemasangan bersih Windows 7.
    bagaimana-install-windows-7-05
  6. Pilih partition manakah yang akan memuatkan Windows 7, dan klik Next.
    bagaimana-install-windows-7-06
  7. Proses pemasangan telah bermula. Tunggu sehingga proses pemasangan selesai.
    bagaimana-install-windows-7-07
  8. Setelah proses pemasangan siap, anda akan dikehendaki untuk membuat beberapa tetapan asas terhadap Windows 7 anda. Pertama sekali, masukkan nama anda dan nama bagi komputer, kemudian klik Next.
    bagaimana-install-windows-7-08
  9. Masukkan kata laluan bagi akaun Windows 7 anda dan klik Next.
    bagaimana-install-windows-7-09
  10. Masukkan nombor siri yang anda perolehi dari Microsoft sewaktu muat—turun dahulu, dan klik Next.
    bagaimana-install-windows-7-10
  11. Pilih pilihan bagi Windows Update. Untuk memastikan Windows 7 anda sentiasa dikemaskini, pilih “User recommended settings”
    bagaimana-install-windows-7-11
  12. Pilh zon masa anda dan klik Next.
    bagaimana-install-windows-7-12
  13. Kini Windows 7 sudah siap dipasang, dan anda sudah boleh mula menggunakannya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cara-cara Nak Install Windows Vista

Langkah-langkah Install Windows Vista

  1. Terlebih dahulu, tetapkan boot sequence supaya komputer boleh boot dari CD-ROM.
  2. Hidupkan komputer, dan terus masukkan CD Windows Vista. Sekiranya komputer berjaya boot dari CD, ia akan memaparkan skrin “Windows is loading files…”
vista-01


  1. Skrin “Install Windows” dipaparkan. Klik pada butang Next.
    vista-02
  2. Klik pada “Install Now”.
    vista-03
  3. Terma dan syarat bagi Windows Vista dipaparkan. Setelah membaca terma dan syarat ini, tandakan pada kotak “I accept the license terms” dan klik butang Next.
    vista-04
  4. Pilih “Custom (advanced)” sebagai jenis pemasangan.
    vista-05
  5. Pilih partition mana yang akan digunakan untuk memasang Windows Vista, dan klik pada butang Next.
    vista-06
  6. Proses pemasangan Window Vista bermula. Tunggu sehingga proses ini selesai.
    vista-07
  7. Setelah proses pemasangan siap, skrin “Set Up Windows” dipaparkan. Isikan kata nama dan kata laluan bagi akaun Windows Vista anda, dan klik pada butang Next.
    vista-09
  8. Isikan nama komputer dan klik pada butang Next.
    vista-10
  9. Pilih “Use recommended settings” sekiranya anda mahu Windows Update dijalankan secara automatik.
    vista-11
  10. Pilih zon masa yang betul, serta pastikan tarikh dan masa yang dipaparkan adalah tepat. Klik pada butang Next.
    vista-12
  11. Proses pemasangan telah selesai. Klik pada butang Start untuk mula menggunakan Windows Vista.
    vista-13

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cara-cara Menggunakan WinToFlash Untuk Install Windows XP, Windows Vista, dan Windows 7

Teknologi terbaru keluaran syarikat-syarikat komputer telah mengeluarkan netbook.Ia nya menjadi kemudahan kepada pengguna untuk dibawa kerana struktur,bentuk dan saiz yang kecil dan ringan.Namun disebalik kesenangan,ada kesusahannya apabila tiba-tiba windows corrupt,nak install apa-apa applikasi yang menggunakan cd,dvd kerana netbook tidak dibekalkan dengan internal dvd rom.Untuk menambah external dvd rom,harganya akan melebihi kos pembelian yang asal.Oleh itu,anda boleh menggunakan pendrive untuk install windows..Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu dibuat..



Anda boleh membuat pen drive pemasangan Windows ini dengan mudah menggunakan WinToFlash. Windows yang disokong termasuklah Windows XP, Windows Vista, dan Windows 7.

Cara-cara Menggunakan WinToFlash

  • Download WinToFlash dan extract seperti biasa.
  • Buka WinToFlash.
  • Pada tab Task, pilih jenis Windows yang anda ingin masukkan ke dalam pen drive. Kemudian klik Run

WinToFlash


  • Masukkan CD/DVD pemasangan Windows, dan nyatakan lokasinya pada ‘setup file path’
  • Masukkan pen drive, dan nyatakan lokasinya pada ‘USB Drive’
WinToFlash

  • License Agreement akan dipaparkan, jika ada. Pilih ‘I Accept’ dan klik Continue
win-to-flash-03

  • Sebuah tetingkap akan dipaparkan menyatakan yang pen drive anda akan diformat. Klik OK.
win-to-flash-04

  • Proses menyediakan pen drive anda bermula. Apabila proses ini selesai, anda sudah boleh menggunakannya untuk install Windows.
win-to-flash-05

Guna pen drive ini untuk install Windows seperti biasa. Jangan lupa untuk menetapkan boot sequence pertama kepada pen drive, supaya komputer dapat mengesannya sewaktu dihidupkan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS